Kita mengetahui bahawa wudhuk adalah syarat sah solat, tawaf, dan menyentuh al-Quran. Berwudhuk hanyalah boleh dilakukan dengan air. Tetapi kadang-kadang manusia tidak boleh menggunakan air disebabkan ketiadaan air, terlalu jauh daripadanya atau sakit yang menghalangnya daripada menggunakan air.
Oleh itu, terdapat kemudahan dan keizinan yang diberikan oleh Islam ialah BERTAYAMMUM dengan tanah yang suci sebagai ganti berwudhuk atau mandi (dengan air) sehingga manusia tidak terhalang daripada mendapatkan keberkatan dari ibadat yang dilakukan.
Jadi, kita tidak ada alasan untuk meninggalkan solat ^_^
Tajuk: Tayammum
Darjah tiga
Pengertian Tayammum
Dari segi bahasa : qasad atau tuju
Dari segi istilah syarak : menyapu debu tanah yang suci ke muka dan ke dua tangan dengan niat dan cara yang tertentu.
Lafaz Niat Tayammum
Rukun Tayammum
Syarat Tayammum
1- Mengetahui masuk waktu.
2- Mencari air selepas masuk waktu.
3- Tanah yang berdebu yang suci dan menyucikan dan tidak bercampur dengan tepung (bersagu) atau simen.
4- Menghilangkan najis terlebih dahulu.
5- Berijtihad menentukan arah kiblat sebelum bertayammum.
Sunat-sunat Tayammum
1- Semua perkara yang disunatkan ketika berwudhuk adalah disunatkan ketika bertayammum.
2- Membuka atau menceraikan jari-jari tangan ketika menepuk tanah supaya debu melekat secara menyeluruh.
3- Menipis atau mengurangkan ketebalan tanah dengan menepuk kedua-dua tangan atau meniup kedua-duanya.
Perkara yang Membatalkan Tayammum
2 comments:
percubaab yang bagus!
hehe.. *dari opahbijak
huhu..tq ^_^ ~opah bijak
Post a Comment